#roadto5km post!





Assalamualaikum!
Lama dah tak menulis. Apa khabar?

Entry kali ni nak mengisahkan perjalanan #roadto5km 
Asalnya target nk aim 5km; 30min.

Tapi apakan daya, belum mampu lagi.
Takpe, jangan risau. Nanti kte cuba lagi!


Azam habis raya nk start jogging. Nak start life style baru.
Nak bg dapat balik momentum macam dulu. Zaman UniSZA dulu.
Memang menangis la cite dia. Mane samaaaaa haha














And the journey begin!
Apps: Nike Run Club
Program: Get Started
Duration: 4 weeks

Dulu zaman U mmg selalu guna apps ni, tp x pernah habis & komited. Jadi kali ni memang berazam untuk follow betul2. Kalau boleh nak habiskan dan tgk hasilnya. Ada progress ke tidak. Program patutnya run 3 kali seminggu. Tapi biasala, ada hari rajin..ada hari malas. Kadang hujan! haha


Week 1:


1st run; 1st July 2019
#stadiumMPKjbangi


2nd run; 3rd July 2019
#benchmarkrun #bangisentral


Week 2:

Minggu kedua ni clash pulak dgn plan ke Perhentian. Maka sedaya upaya jugak habiskan challenge untk week 2. Gigih bawak kasut sampai ke pulau.






1st day sampai pulau tak jogging pun. Petang sabtu tu pantai nampak ramai org, jd simpan dulu kasut. Tuka plan dr jogging ke main air tepi pantai.

Day 2; after snorkelling trip. Petang tu aktiviti bebas. Walau kepenatan sbb separuh hari atas bot. Tp ku gigihkan jua. Lagipun dkt bilik panas! Aircond set paling beku dah patutnya. Tapi angin luar lagi nyamannnn..



3rd run; 8 July 2019
#perhentianisland


Muka lepas habis lari 10min



Day 3; hari ni nak kena balik dah. Jadi pagi lepas solat subuh ingat keluar nak tgk sunrise. Tapi harapan..kena lindung dengan bukit.

Ni je yg dapat..

4th run; 9 July 2019
#temporun #perhentianislandrun


Balik dari pulau ni, Ajah dapat panggilan untuk ujian kecergasan UTM. Maka dgn azam yg kuat, "Along, jom teman ajah nak jogging. Kena lari 2.4km ni..dah la lama tak jogging haha" marilah lari! Tula orang ajak takmau ikut..kan sudahhhh



5th run; 11 July 2019
#stadiumkajang

6th run; 14 July 2019
We did it! Together we stay stronger
amir, pinas & me!


Week 3:

Minggu ni pegi lari dengan echa, jijah & wani. Jijah request nak jogging dkt KLCC park. Best jugak jogging dkt sini. Ada track, 1 round dlm 1.5km. Takdela saiko sngt nk habiskan run tu kan.

7th run; 17 July 2019
#benchmarkrun #stadiumMPKjbangi

8th run; 20 July 2019
#KLCCpark #1st3kmrun



 lepas lari kita selfie! 
echa, jijah & wani



Happy birthday Syifa & Wani!
May all your dreams come true
#julybabies


Lepas jogging, singgah IOI City Mall. Syifa teringin nk makan dkt hanbing. Tapi sayang, kitchen closed dah time tu. Dapat makan aiskrim jelah ye..

Tapi td sementara tunggu Syifaa, ternampak Dotty's. 
Sempat la order Egg Yolk Cronut.
Sedapppppppp! Upah habiskan 3km hehehe



Week 4:
#finalweek


Sempena final week untk program kte, terasa nak challenge diri sendiri untk completekan 5km virtual run. Actual run dah register tp lambat lagi, August nnti. Lepas install #jomrunapps adela berkenan dgn 1 design baju. 


Ade seminggu lg time ni nak sampai dateline. Maka kte tingkatkan lg usaha!

Tropical Virtual Run
5km
Dateline: 31 July 2019


Usaha ditingkatkan!



re-energize kejap! hehe


9th run; 25 July 2019
#stadiumMPKjbangi


Dah nampak peningkatan disini. Merasa average run 7'42". Kalau tidak memanjang la 8 aje dekat depan..

10th run: 27 July 2019
#tamantasikcempakabandarbarubangi
Complete!


Alhamdulillah!
Berjaya habiskan 5km. Pinas lah teman setia pegi jogging. Mula2 dia teman je, duduk dlm kete. Lama2 dia pun join jogging sekali. Hehe
Result ni boleh guna sekali untuk virtual run tu. Result dah submit. Nanti tunggu dia reply je. 
Pastu boleh dapat baju yg cantik tuuuu..yeayyy!



Report card!









Comments

Popular posts from this blog

Kuih Seri Muka

Officially graduate!

rowing..rowing..rowing!