Dena Bahrin

Assalamualaikum semua!
Lama dah rasanya tak meng-update blog. 
Bersarang dah gamaknye ye. Hihi :D

Hari ni sebenarnya saya nak berkongsi dgn awak awak sekalian tentang blogger DenaBahrin.
Semalam sedang ber-FB, tiba2 nmpak post pasal video yg sangat sangat dan teramatlah sweetto di amor~!!
Sekali tgk rasa mcm nk tengok lagi je. Hehe X)

Cuba korang tengok dulu video ni. Saya gerenti, mesti ladies2 dkt luar sana tu akn berangan untuk di propose mcm ni jugak. (sbb saya pun berangan mcm tu jgak lps tgk video ni. Hihi ;p)


*As i told u before, sweet kan? Hihi :D


Apa yg kita ingin ketengahkan dari video ini adlah,
pilihan ibubapa sbnrnya adlh pilihan yg terbaik. Walau kita rasa tidak, sbnrnya ada suatu rahsia yg tersembunyi disebalik pilihan mereka. Bak kata Dena, "Kalau cinta Allah diutamakan , keredhaan Ibu bapa didahulukan , insyaAllah cinta abadi sesama manusia sentiasa menanti." 
Plus, bercinta slps kahwin rasanya lebih sweet kot.
Nak buat apa2 pun lps tu semuanya HALAL. Dan yg lebih penting, hubungan kita itu di dalam restu ibu dan ayah dan di bawah keberkatan ilahi. Betul tak? ^^






To Ummi (my lovely mother yg senantiasa dirindui),
Kalau ada orang masuk meminang along and dia bawak DSLR, jangan lupa bg tahu along cepat2 tau. Hihi
*berangan jelah kau nurul hanisah. =.=''

Buat renungan kita bersama:

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)



"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)




Footnote: Rasa macam nak kawin jugak~
Tp pesan Nur Liyana Abu Hasan, kawin tu tak penting..yg penting nikah. Hehe ;p


Sumber rujukan:
Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin - iLuvIslam

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Seri Muka

Officially graduate!

rowing..rowing..rowing!